Apa kau ni sebenarnya??

Wednesday, December 22, 2010

bloomingrosecloset. Sekali tengok, makna almari rose kembang. Siapa rose kembang itu? Kenapa Rose, kenapa tak Lily Kembang? Ya lah...kenapa ya? Alamak boleh ke tukar nama sekarang? Macam best je, bloominglilycloset. Ingat dulu-dulu time zaman muda chat kat chat room guna nama pinklily. Alalala gedik. Hoh berbalik ke niat asal, apakah blog ini sebenarnya?

Oohh tengok nama, then masuk tengok blog. Ehhh ada jual-jual barang lah, ada borak-borak lah. Apa semua ini????

Dilema dalam hati: seperti di atas. Last night, lepas bercintan cintun dalam phone, I was thinking. If I am one of the visitor of my blog yang humble serendahnya ni, mesti I pun hairan. Apo kobondo ni jang? Tak ada matlamat langsung!! Kau nak jual barang kah borak kah? Cuba spesipik sikit makcik!

Jawapan jujur dari lubuk hati suci lalalala: Ala buat dua-dua cannot meh? I bukan nak jadi wholesaler ke apa. Saja nak ada blog, tanpa menceritakan kehidupan peribadi yang bosan ini, selain tu ala generate la income sikit-sikit kalau boleh lah kan. Banyak sungguh barang peribadi yang boleh dibuat jualan lambak. Haa dah alang-alang tu, buat je la sikit-sikit ye tak. Tapi kalau satu hari benda kecil ni jadi baby besar, apa salahnya? Hehehehe lagi syok.

So here, ada banyak tips yang diharap berguna di masa bila-bila pun untuk semua ya. Dan juga ada sikit-sikit jualan langsung berlaku. Dan juga pengenalan kepada orang yang dirasakan best. Tahniah tahniah.

Itulah saya.

Okay dah jawab soalan sendiri. Puas hati sendiri

Kulit Badan

Tuesday, December 21, 2010

Heh kadang-kadang terasa diri bukan perempuan sejati. Kenapa? Sebab malas gile kot nak pakai lotion badan. Haiyooo apa nak jadi? Kadang-kadang terbit lah rasa keinsafan yang menyelubungi diri dan berkata kepada diri, kalau tak aku yang jaga kau, sape lagi nak jaga? Haa tu lah saatnya lotion badan dicapai. Tapi even malas pakai lotion badan, rasanya macam banyak dah lotion dicuba cuba ni. Trial and error teeettt.

Time kat office, wahhh memang lah kulit kering krup krap krup krap. Tapi kat office syok, ada lotion free merata-rata. Hua hua hua. Seronok aku seronok! Tahu tak bila kulit dah terlalu kering, dia haus dan akhirnya terdehidrasi (kasihan tuan badan tak bagi minum, puasa lama), kuli akan jadi gatal-gatal. Haa di sini lah masalah besar akan timbul. Kita dok sedap menggaru-garu waaahhh enaknya, dan akhirnya kulit tadi, tanpa disedari dah berdarah!!!! Alamak apa dah terjadi. Kadang-kadang jadi scaly part yang menakutkan, dan akhirnya menjadi kesan yang mendalam di hati dan badan, yang buat diri terasa tak layak untuk wang hantaran kahwin yang tinggi-tinggi.

Jadi solusi nya hanya satu. Sila lah jangan malas meletak lotion di badan ye diri sendiri!! Ohh tadi kan ada beritahu betapa banyaknya lotion telah dicuba-cuba, naahhh akhirnya berjumpa dengan lotion terbaaaiiikkkkk!! Murah, bagus!! Senang dapat, double bagus!! Berkesan, super bagus!! syabas beta, syabas. I'm totally in love with this one lotion. Mula-mula dia dilancarkan, macam tak percaya. Ala it's just another lotion bla bla bla. Tapi one fine day...dah bosan dengan lotion yang sedia ada, ternampak beliau dengan diskaun. Wahh murah!! Mari cuba!! Malam tu juga mencubanya. Bau wangi beliau tak overpowering, just enak-enak sweet lembut gitu.

Kenal wanita ini???


Haa identiti lotion kesayangan semakin diketahui. Okaylah.....nah

Hi love~ Lotion ni memang bagus tak tipu. Bila pakai lotion ni, macam dah tak perlu re-apply je. Ke aku sorang yang pemalas? Hahaha. Haa tapi okay apa, lotion ni sesuai untuk orang pemalas seperti gwe. Nggak perlu kok di sapu-sapu lagi sepanjang hari, oh kecuali nak tidur and lepas mandi petang. Lepas mandi kan kulit agak berasa kering, kecuali lah anda mandi dengan sabun Dove yang melembapkan kah apa. Tapi memang lepas mandi (kalau rajin) pakai lotion. Nak idur syok la pakai lotion, tidur je terbau diri yang wangi. Hahahaha.

Seperti yang umum mengetahui, lotion ni ada banyak range.


Nah!! Banyak. Sila pilih yang bersesuaian dengan jiwa naluri anda. Tapi I guna yang nak memutihkan, saja nak putih hahaha. Bukan je memutihkan, tapi juga nak protect kulit badan dari sinar lembayung. Bahaya tahu. Nanti gelap+pigmentasi+kedutkedut=tak mahu itu semua!!
Okay review dah habis. Jumpa lagi di episod akan datang! Ciao bella~






As promised! Baru baru baru

Sunday, December 19, 2010

Tengok, betul kan nak post new items hari ni? Tak tipu punya I tell you. Tudung ni ada yang dah kena rembat. Yang dah kena rembat, I tak post la. Simpan untuk orang yang dah book. See see, belum apa-apa dah kena rembat. Haaa memang terbuktilah kecantikan dan keanggunannya untuk anda sekalian. Cewah bukan main.

Tudung ni ada scallop cut kat depan, kat leher. Jadi dia memang akan terbentuk indah pada siapa-siapa pun yang pakai. Ada pulak corak-corak menawan yang menghiasi. Memang bila pakai, vavavoomm jadinya. Collection ini dinamakan: Scallop Scandalous

1. Batician Brown

(tengok tu scallop kat leher. Cantik kan kan?)

2. Tilla Teal

3. BlackyWhite


(bahagian belakang)

4. Purple Blossom (lighter)
(ada 2 version of this corak. This one shade purple dia lighter a bit, the other one pekat sikit)

5. Purple Blossom
(yang ini yang pekat sikit color dia)

6. Purple Abstract

7. Batician Maroon.
(corak sama dengan Batician Brown, the diff is just corak Batician Brown kat depan, kat scallop, yang ni kat belakang corak dia)

8. Ocean Blue


9. Gorgeous Blue



Okay. Habis. Jadi cepat cepat ye dapatkan mereka-mereka ini. Ohhh harga!! Lupa lupa. Just RM20!! And kalau 2 items and above, postage fee adalah: FREE!
Lalalalalala~best kan?
Any inquiry/order, email saja ke bloomingrosecloset@gmail.com or drop a comment. I will get back to you for sure!!

tata for now gorgies~























Beauty Tips-Lips

Ohhhhhhh I memang sangat tak ada masa nak post barang baru tapi tak sabar nak bagi tengok~~~semua cantik-cantik sampai ada yang kene rembat sebelum mereka sempat di postkan ke online. esokkk esokkkk okay~~~

Sementara tu. I'm ballooning up. So sad & depress & sad & guilty & feeling big ugly fat etc etc. Sudah berapa banyak lemon yang aku minum tak kurus-kurus pun. Apa ni???? Tipu orang ye? Ke memang tak berkesan untuk diri ini? Ohhh sedih. Okay channel tuning. Don't wanna talk about it. Lets talk about beautiful pretty things.

I got friends who don't need lipbalm/lip smoothie/everything yang moisturisekan lips. Sebab apa? Sebab bibir mereka tak kering pun. Cantik je. Sedangkan diri? waahhh kalau tak pakai memang kering tak sanggup, kasihan bibir. And ada la some of my friends yang seangkatan yang harus wajib pakai lipbalm. Kenapa kena pakai lipbalm? Wahhh seronok nya letak lotion/moisturizer untuk badan dan muka. Oooppsss tapi bibir dibiarkan. Alamak. Bibir tengok je muka dan badan dilembapkan, tetapi kenapa dia tak dilembapkan? Kasihan kan? Jadi, bila dah lembapkan muka badan, jangan lupa bibir. Bibir juga nipis, macam bahagian mata. Jadi kalau tak jaga atau kurang jaga, dia cepat kedut tau. Haa bibir kedut-kedut kering tak cantik la pakai lipstick kan?

Rules menjaga bibir:

1. Jangan jilat bibir dengan air liur! Haa nak kering lagi cubalah. memang berkesan dalam proses pengeringan bibir.

2. Pakai lipbalm yang betul-betul melembapkan. Few lipbalms, I dont wanna mention here, memang mengeringkan even more. So, trial and error. Tapi favourite lipbalm I, Nivea Strawberry. Fuhh terbaik dari ladang. Yang ini memang highly recommended!! Baru je recommend my friend tadi huahuahua. This lipbalm memang the best. Murah je. Gives you tinted color yang tak melampau. Yang strawberry lah, yang Cherry punya agak pekat color die. But memang melembapkan, heal bibir juga. Bagus kan? Esok keluar pergi beli ye (:D)

*iloveyousayang*

3. Pakai lipbalm sebelum tidur. Yang ini ramai lupa nak buat. Time tidur bukan time merawat kulit muka saja, tetapi bibir juga. Jadi ambil peluang keemasan ini!!

4. Exfoliation. Ohh penting!!! Moisturize bibir je tak cukup kalau dead bibir's cell masih ada pada bibir. Haa ni yang tengok kusam je bibir. Apa? Beli exfoliator bibir? Tak payah. Cara free, senang simple: Kan ada tongue cleaner yang belakang toothbrush tu kan? Gosok lembut-lembut kat bibir tu. Haa senang. Buat after gosok gigi. Lama-lama jadi habit sure takkan lupa. Tak ada tongue cleaner belakang toothbrush? Tak apa lah!! Gosok lembut (extra gentle) dengan the toothbrush itself.

Nak amalkan, sila sila jemput jemput. Cuba lah. Tak rugi. Ada ke mask untuk bibir? Idea produk baru ni.....kalau tak ada lagi lah. Kalau ada, share kat sini!!


Ohhh bibir idaman~~
Sama-sama berusaha!






Wajah baharu (^ - ^)

Saturday, November 20, 2010

Ye!! I baru saja buat facial untuk blog setelah lama tidak update beliau. Kejam sungguh membiarkan ia begitu saja sekian lama. Jadi setelah mendapat facial, adalah wajah baharu untuk beliau. Tadaaaaa!!!!~~~~ Oh saya ingin meminta maaf atas kelambatan ini. Oh nak juga cerita. I minta tolong my friend untuk membeli barang-barang kosmetik. Dan dia pun membelinya. Tetapi kan..pada suatu hari, semasa membeli belah bersama mama, saya telah membelinya sendiri sebab memang urgent nak pakai untuk dilaram ke majlis perkahwinan best friend. Hahaha memang tak senonoh. Jadi kasihan kawan saya, dia dah beli. So sekarang ada beberapa benda mekap yang sama.

So I ingat nak jual la. Mari mari tengok~~~~Oh!!!harus diingatkan. Kali ini jualan adalah first come first serve. Sebab ada satu saja~~~~Jadi siapa yang dulu berminat dan ingin membeli, jadi dia lah yang dapat ye!!!

Pertama:


Maybelline Eye Studio Eye Shadow-Gray Pink
Very good texture, color last sangat lama, combination gray+pink adalah sexy okay. Saya suka~~~Memang tak menyesal beli lah!!
Harga pasaran(tanpa diskaun): RM33.90
I'm letting it go at: RM 20.00!
YES!!! BETUL!!!(baru sangat-sangat. Still ada cover plastik)

Kedua:


Maybellina Water Shine lipstick- P24
Oh kalau Maybelline, I memang suka lipstick and eyeshadow. Memang best! Murah pun murah, tapi kualiti memang best. Oh image dipinjam dari orang. Jangan risau, lipstick yang I nak jual ni still very new, still ada cover plastik. I tak tipu. Percaya pada karma. Buat buruk pada orang nanti lagi buruk terjadi kepada diri sendiri. Erkkkk... okay back to business.
Harga pasaran(tanpa diskaun): RM24.90
I'm letting it go at: RM13.00!
YES!!!say yes and u'll be smiling~~~~

Ketiga:
Maybelline Angelfit Brighten Up Blusher-Peachy Sweetie
Oh I love this!! Never streak, always luminous.
Still very new, got plastic cover. Tak expired. Dont worry.
Harga pasaran(tanpa diskaun): RM29.90
I'm letting it go at: RM 17.00!
Woot woot!!

Ingat: first come first serve ye. All items are very new, still newly manufactured (tak expired), and still in plastic cover. As usual, email me if you are interested ye~~

Much love :D~














Bersihkan sawang labah-labah kat blog

Thursday, September 2, 2010

Fuhhh lama sungguh tak berupdate ini blog. Memang lah amat bz. Balik rumah sudah sangat penat tahu. This entry will be Super-Short. Tak ini bukan superhero. I ingat mahu jual pre-loved tems like shawls and baju-baja. Can or not? Can la ek ek. OKAY!!!!

p/s:ini memang bukan promosi halilaya punya. Tarak sempat maa mau buat itu promosi-promosi.

Cikgu Hijab lagi seorang.

Sunday, August 8, 2010

Lama sungguh rasanya tak update blog. Been very busy as I just started working. Wah wah memang environement kerja memerlukan I untuk belajar lebih banyak cara-cara pakai shawls dengan lebih berkesan, stylish and cantik. They got to be stylish and sexy with their short skirts and hair and makeup, tapi I pun boleh jadi sexy and sassy with my shawls!! Ala tapi tak ramai male creature kat office pun. haahahaha gatal. But still need to be at the same level as they are. Jadi I pun korek lah semua hijab tutorial yang ada. Tapi I dah jumpa cikgu baru!! Best best dia. Tapi I tak lupa cikgu-cikgu lama, tak tak. Walaupun hijab tutorial dia masih tak begitu banyak, tapi yang dia dah featured pun belum tentu I reti nak buat.

Memperkenalkan, YazTheSpaz89!!! Everytime I tengok mereka pakai shawls alahai senang nya lah. Kenapa lah tangan tak seprofessional mereka? But fear not, practice makes perfect kan? so ini adalah satu dari video beliau. Cekidaut!




Hmmpphhsss hmpphhss bersemangat ni nak cuba!!!! Cis cantik sungguh perempuan ni. How lah diorang ni jadi sangat pro in makeup? Kenapa bila I makeup jadi macam badut??? Bukanlah exactly badut tak ada lah buruk sangat ye tapi tak lah lawa begini. Apakah ini semua mainan ilusi semata-mata?

Dah dah, mari kita mula belajar mari mari. Nanti bebel lagi banyak, you like or not? don't like right? toodles pretties~~
Powered by Blogger.