Peeps, release your pores from evil pimply dirt oil and dead cells!

Sunday, December 26, 2010

Tengok sikit pori pori. 

Masa kerja, selalu dapat tips and training berkesan dari beautician asli. Mereka memang lawa gila ohhh even dah berumur matang and anak 2-3 orang. I salute you guys. Badan macam anak dara, kulit licin putih pergh dengki okay. Jadi teruja lah sebab mereka bagi training kat kitorg especially me yang serabai selepet ni. Masa training2 berlaku, memang ada cerita lah pasal pori pori ni of course. Laaa baru tahu rupanya kita punya dead skin melayang-layang terbang pergi ikut sesuka hati. It's just that we can't see them. Jadi tak salahkan pori pori kenapa memerangkap dead skin cells. "Dah ada lubang kat muka even kecik, masuk je rakan-rakan!"- dead skin cells.

Apa yang bahaya nya mereka ni? First and foremost, mereka buat kulit kita nampak kusam tak ada cahaya suci dan kelabu. Kedua, mereka membuatkan kulit kita kasar. Arrghh tak caya, try lah kumpul mereka selama sebulan. Memang kasar menggerutu dan kelabu. Third, buat ada segala 'head' kat muka, whitehead blackhead. Fourth, bila semua syarat dah cukup, kawan baik iaitu jerawat datanglah singgah while saying HI! Eeee tak suka tau. Jadi apa solusinya kepada semua ini?

Scrub lah of course. I memang suka scrub muka dari dulu kala (macam dah tua beno). Dah beribu scrub di cuba dari yang mahal hinggalah yang free kah kah kah. Tapi tak tahulah mengapa, asal mereka mahal je, mesti tak elok dan tak berkesan malah lebih men'teruk'kan keadaan. Jadi redha dengan kulit yang dia sangat economical. Bagus kulit save money ni.Jadi pergi Watsons je selalu check out scrub yang ada (-_-").

Tapi beribu scrub, yang satu ni memang mengujakan!! Ohhh sampai I tak sabar-sabar nak pakai dan terasa nak pakai selaluu~ Bila sampai schedule setiap minggu iaitu hari Selasa dan Jumaat, yes!!! hari scrub muka~ I selalu scrub muka 2 kali seminggu, bila malas sekali seminggu iaitu hari Jumaat sebab Sabtu nak bercintan cintun jadi nak tunjukkan raut wajah licin dan glowy. Jadi apa scrub yang hikmat tu?


L'Oreal Derma Genesis Pore Minimising Scrub

Seriusly the best scrub ever! Nangis tahu kalau dia dah habis dan tak ada pengganti di rumah, terus keluar rumah dan beli. Texture die macam apa ya? Warna putih, bau ada sikit wangi eh entahlah. But after just one use of this baby, you'll immediately feel the difference of your skin. Your skin will be smooth to touch and glowy. Sejak itulah hati terpaut iloveyou. Kebanyakan scrub yang dah cuba selalu nya meninggalkan rasa kering kat muka tapi yang ini tak langsung. Lembut je muka rasa syok!

Jadi kenapa scrub muka? Mestilah untuk melepaskan pori pori dari tersumbat oleh sel kulit mati dan segala jenis kotoran yang terperangkap. Scrub regularly and a good hydrating mask after it juga boleh mengurangkan scars dan melembutkannya. Jadi eventually scars pun hilang. Itu yang paling best.

Tak sabar nak jumpa lagi di appointment yang lain wahai sayangku scrub~ Till then, daaaa.

p/s: teruja bila tahu Almy Nadia pun suka scrub ni ohhh!! - ini dipetik dari iklan L'Oreal untuk White Perfect Day Cream. Tak tahu lah betul ke tak atau sekadar skrip. Harap-harap betul boleh buat geng.

Mereka yang baru

Thursday, December 23, 2010

Nama mereka:
Lovely Tiers
kenapa? kerana memang betul pun lovely

Rupa mereka:

exhibit 1- HitamHotPink

*MAAF DI ATAS KUALITI GAMBAR. SALAHKAN KAMERA cissss*


exhibit 2: TurquoiseHitam



exhibit 3: TurquoiseKelabu



exhibit 4: HitamHijauTakTahuNama
*haa tu lah hijaunya. Samalah! Kualititas kamera sangat tak best*


exhibit 5: KelabuPurple
*sorry the color didn't turn out the way it supposed to be here. But the color is very nice I tell u!*


exhibit 6: HotPinkKelabu


exhibit 7: PurpleTurquoise
*my favourite color combination!!love it!okay memang warna purple tak turn out very good*


exhibit 8: BrownHitam
*tamau guna 'coklat' macam tak best*

Description mereka:

Bertingkat satu, dengan color combination yang sangat attractive dan menarik, dipadankan pula dengan batu-batu tersusun indah dan kemas, semestinya menaikkan seri wajah bakal pemakai.

okay training nak jadi hos Nona gantikan Maya Karin.



Harga mereka:
RM20 sahaja~
2 items and above: Postage fee is free. For limited time only.

Jadi apa tunggu lagi. Ada yang dah kena booked.
Email order (if interested) at: bloomingrosecloset@gmail.com
or pada sesiapa yang mengenali diri ini cewah, PM je kat FB.
okay tata. Nak tidur.












Kejerawatan

Tak bukan kejururawatan. Baca elok-elok anak anak. Kejerawatan. Isk. Nama nya saja sudah tidak best. Kalau lah nama jerawat tukar ke morning glory kah, rainbow kah, apakah dia akan menjadi cantik dipandang? Paling tidak suka bangun pagi-pagi tengok cermin sekali, aaaaahhhhh!!! apakah yang terjadi malam semalam sampai kau keluar hah?? Huh perosak hari sungguh. Dari zaman sekolah sehingga kini, selalu ditemani kawan-kawan mini warna merah kemudian jadi warna kuning. Benci. Tapi rasanya dahulu lagi teruk kot. Ni dah besaq sikit naa...kurang kot. Kalau tak memang disaster. Huh benci zaman sekolah. macam sangat tak produktif dan naif fuhh teruk. 

Jadi apa perlu lakukan bila jerawat-jerawat mengeluarkan diri mereka? Tak cukup dengan mereka seorang, maka mula mangajak kawan-kawan seangkatan turut menyertai pertunjukan di muka. 

Nah bagi tengok dulu. Hahahaha. Aaahhh tak nak!

Scientific punya image.  

Mula-mula mari kita lihat definisi jerawat antarabangsa. Mereka (pimples) adalah sesuatu yang berlaku di saat ruang pori-pori kita tersumbat. Mereka seolah-olah inflammations on skin yang berlaku bila penyumbatan pori-pori berlaku. Mengikut kata Acne Care Tips, jerawat adalah satu punca depression. Ohh patutlah zaman sekolah sangat tak best. Terima kasih jerawat-jerawat sekalian! 

Haaa yang lain-lain tu baca sendiri ye. Aduh penat jadi translator. Jadi copy and paster pun bukan senang. Tetapi bedasarkan pengalaman hidup yang dah meningkat tua ni, jerawat TAK BOLEH hilang sekelip mata lepas kita basuh muka sebersih-bersihnya. Hah ingatkan boleh la, dulu-dulu ada buat. Tapi apa yang berlaku sebaliknya, memang di luar jangkaan. Kulit lagi kering lagi merah jerawat lagi teruk eeee yuckk!! Memang lah nak prevent jerawa kena wajib harus basuh muka dengan bersih dan betul, tapi bersihkan muka secara aggresif sangat tak digalakkan.

Nak share kat sini tips menghalang jerawat, mintak-mintak berkesan. Untuk lebih details on the tips, nanti pergi sini ye.

1. Kurangkan pengambilan coffee. (saya tak minum coffee pun ada jugak apa kes?)
2. Amalkan pemakanan yang baik. (sayur banyak air banyak makanan bergoreng say no no)
3. Cuci muka tu. At least dua kali sehari.
4. Haa dah kata merokok tak elok. Degil. Jangan merokok/kurangkan.
5. Kalau nak guna acne care range product, start slow slow or gradually. Jangan main pakai semuanya sekali. Takut reaction amat menakutkan. Pakai cleanser dulu, then kalau okay, boleh try adapt one by one.
6. Shampoo rambut selalu. Kotor rambut tu buat banyak habuk terperangkap, terkena muka haa memang best.
7. EXERCISE. Saja caps lock untuk motivasi diri.
8. Lepas membuat apa-apa sukan/exercise, mandi ye. Kotor banyak kuman.
9. Rule besar: REMOVE MAKEUP BEFORE YOU GO TO BED. Ramai ingat rule ni apply bile kita pakai makeup tebal-tebal je. Absolutely no. Even awak pakai foundation saja, still kena pakai appropriate makeup remover.
*Hah minyak senyonyong apakah ini? Makeup remover sejati yang melembutkan kulit serta menyuburkannya, Olive oil. Tahan lama, murah, sihat, hah apa lagi benefitnya? Loves

10. Minum minum minum banyak air kosong. Bukan air sirap air pepsi cola.

Tapi, dah besar-besar ni, ada satu product jerawat paling tersayang yang tak mampu rasanya hidup tanpa beliau, kecuali lah kalau jerawat membuat keputusan pada satu hari tak mau datang dah ke muka I ni.

Hai sayangku. How are you today? Oh baru pakai tadi kah kah kah.

Rasa-rasa yakin dengan percakapan ku ini, pergilah dapatkanya di farmasi-farmasi berdekatan.
okay nak makan lapar
ciao bella~










Apa kau ni sebenarnya??

Wednesday, December 22, 2010

bloomingrosecloset. Sekali tengok, makna almari rose kembang. Siapa rose kembang itu? Kenapa Rose, kenapa tak Lily Kembang? Ya lah...kenapa ya? Alamak boleh ke tukar nama sekarang? Macam best je, bloominglilycloset. Ingat dulu-dulu time zaman muda chat kat chat room guna nama pinklily. Alalala gedik. Hoh berbalik ke niat asal, apakah blog ini sebenarnya?

Oohh tengok nama, then masuk tengok blog. Ehhh ada jual-jual barang lah, ada borak-borak lah. Apa semua ini????

Dilema dalam hati: seperti di atas. Last night, lepas bercintan cintun dalam phone, I was thinking. If I am one of the visitor of my blog yang humble serendahnya ni, mesti I pun hairan. Apo kobondo ni jang? Tak ada matlamat langsung!! Kau nak jual barang kah borak kah? Cuba spesipik sikit makcik!

Jawapan jujur dari lubuk hati suci lalalala: Ala buat dua-dua cannot meh? I bukan nak jadi wholesaler ke apa. Saja nak ada blog, tanpa menceritakan kehidupan peribadi yang bosan ini, selain tu ala generate la income sikit-sikit kalau boleh lah kan. Banyak sungguh barang peribadi yang boleh dibuat jualan lambak. Haa dah alang-alang tu, buat je la sikit-sikit ye tak. Tapi kalau satu hari benda kecil ni jadi baby besar, apa salahnya? Hehehehe lagi syok.

So here, ada banyak tips yang diharap berguna di masa bila-bila pun untuk semua ya. Dan juga ada sikit-sikit jualan langsung berlaku. Dan juga pengenalan kepada orang yang dirasakan best. Tahniah tahniah.

Itulah saya.

Okay dah jawab soalan sendiri. Puas hati sendiri

Kulit Badan

Tuesday, December 21, 2010

Heh kadang-kadang terasa diri bukan perempuan sejati. Kenapa? Sebab malas gile kot nak pakai lotion badan. Haiyooo apa nak jadi? Kadang-kadang terbit lah rasa keinsafan yang menyelubungi diri dan berkata kepada diri, kalau tak aku yang jaga kau, sape lagi nak jaga? Haa tu lah saatnya lotion badan dicapai. Tapi even malas pakai lotion badan, rasanya macam banyak dah lotion dicuba cuba ni. Trial and error teeettt.

Time kat office, wahhh memang lah kulit kering krup krap krup krap. Tapi kat office syok, ada lotion free merata-rata. Hua hua hua. Seronok aku seronok! Tahu tak bila kulit dah terlalu kering, dia haus dan akhirnya terdehidrasi (kasihan tuan badan tak bagi minum, puasa lama), kuli akan jadi gatal-gatal. Haa di sini lah masalah besar akan timbul. Kita dok sedap menggaru-garu waaahhh enaknya, dan akhirnya kulit tadi, tanpa disedari dah berdarah!!!! Alamak apa dah terjadi. Kadang-kadang jadi scaly part yang menakutkan, dan akhirnya menjadi kesan yang mendalam di hati dan badan, yang buat diri terasa tak layak untuk wang hantaran kahwin yang tinggi-tinggi.

Jadi solusi nya hanya satu. Sila lah jangan malas meletak lotion di badan ye diri sendiri!! Ohh tadi kan ada beritahu betapa banyaknya lotion telah dicuba-cuba, naahhh akhirnya berjumpa dengan lotion terbaaaiiikkkkk!! Murah, bagus!! Senang dapat, double bagus!! Berkesan, super bagus!! syabas beta, syabas. I'm totally in love with this one lotion. Mula-mula dia dilancarkan, macam tak percaya. Ala it's just another lotion bla bla bla. Tapi one fine day...dah bosan dengan lotion yang sedia ada, ternampak beliau dengan diskaun. Wahh murah!! Mari cuba!! Malam tu juga mencubanya. Bau wangi beliau tak overpowering, just enak-enak sweet lembut gitu.

Kenal wanita ini???


Haa identiti lotion kesayangan semakin diketahui. Okaylah.....nah

Hi love~ Lotion ni memang bagus tak tipu. Bila pakai lotion ni, macam dah tak perlu re-apply je. Ke aku sorang yang pemalas? Hahaha. Haa tapi okay apa, lotion ni sesuai untuk orang pemalas seperti gwe. Nggak perlu kok di sapu-sapu lagi sepanjang hari, oh kecuali nak tidur and lepas mandi petang. Lepas mandi kan kulit agak berasa kering, kecuali lah anda mandi dengan sabun Dove yang melembapkan kah apa. Tapi memang lepas mandi (kalau rajin) pakai lotion. Nak idur syok la pakai lotion, tidur je terbau diri yang wangi. Hahahaha.

Seperti yang umum mengetahui, lotion ni ada banyak range.


Nah!! Banyak. Sila pilih yang bersesuaian dengan jiwa naluri anda. Tapi I guna yang nak memutihkan, saja nak putih hahaha. Bukan je memutihkan, tapi juga nak protect kulit badan dari sinar lembayung. Bahaya tahu. Nanti gelap+pigmentasi+kedutkedut=tak mahu itu semua!!
Okay review dah habis. Jumpa lagi di episod akan datang! Ciao bella~






As promised! Baru baru baru

Sunday, December 19, 2010

Tengok, betul kan nak post new items hari ni? Tak tipu punya I tell you. Tudung ni ada yang dah kena rembat. Yang dah kena rembat, I tak post la. Simpan untuk orang yang dah book. See see, belum apa-apa dah kena rembat. Haaa memang terbuktilah kecantikan dan keanggunannya untuk anda sekalian. Cewah bukan main.

Tudung ni ada scallop cut kat depan, kat leher. Jadi dia memang akan terbentuk indah pada siapa-siapa pun yang pakai. Ada pulak corak-corak menawan yang menghiasi. Memang bila pakai, vavavoomm jadinya. Collection ini dinamakan: Scallop Scandalous

1. Batician Brown

(tengok tu scallop kat leher. Cantik kan kan?)

2. Tilla Teal

3. BlackyWhite


(bahagian belakang)

4. Purple Blossom (lighter)
(ada 2 version of this corak. This one shade purple dia lighter a bit, the other one pekat sikit)

5. Purple Blossom
(yang ini yang pekat sikit color dia)

6. Purple Abstract

7. Batician Maroon.
(corak sama dengan Batician Brown, the diff is just corak Batician Brown kat depan, kat scallop, yang ni kat belakang corak dia)

8. Ocean Blue


9. Gorgeous Blue



Okay. Habis. Jadi cepat cepat ye dapatkan mereka-mereka ini. Ohhh harga!! Lupa lupa. Just RM20!! And kalau 2 items and above, postage fee adalah: FREE!
Lalalalalala~best kan?
Any inquiry/order, email saja ke bloomingrosecloset@gmail.com or drop a comment. I will get back to you for sure!!

tata for now gorgies~























Beauty Tips-Lips

Ohhhhhhh I memang sangat tak ada masa nak post barang baru tapi tak sabar nak bagi tengok~~~semua cantik-cantik sampai ada yang kene rembat sebelum mereka sempat di postkan ke online. esokkk esokkkk okay~~~

Sementara tu. I'm ballooning up. So sad & depress & sad & guilty & feeling big ugly fat etc etc. Sudah berapa banyak lemon yang aku minum tak kurus-kurus pun. Apa ni???? Tipu orang ye? Ke memang tak berkesan untuk diri ini? Ohhh sedih. Okay channel tuning. Don't wanna talk about it. Lets talk about beautiful pretty things.

I got friends who don't need lipbalm/lip smoothie/everything yang moisturisekan lips. Sebab apa? Sebab bibir mereka tak kering pun. Cantik je. Sedangkan diri? waahhh kalau tak pakai memang kering tak sanggup, kasihan bibir. And ada la some of my friends yang seangkatan yang harus wajib pakai lipbalm. Kenapa kena pakai lipbalm? Wahhh seronok nya letak lotion/moisturizer untuk badan dan muka. Oooppsss tapi bibir dibiarkan. Alamak. Bibir tengok je muka dan badan dilembapkan, tetapi kenapa dia tak dilembapkan? Kasihan kan? Jadi, bila dah lembapkan muka badan, jangan lupa bibir. Bibir juga nipis, macam bahagian mata. Jadi kalau tak jaga atau kurang jaga, dia cepat kedut tau. Haa bibir kedut-kedut kering tak cantik la pakai lipstick kan?

Rules menjaga bibir:

1. Jangan jilat bibir dengan air liur! Haa nak kering lagi cubalah. memang berkesan dalam proses pengeringan bibir.

2. Pakai lipbalm yang betul-betul melembapkan. Few lipbalms, I dont wanna mention here, memang mengeringkan even more. So, trial and error. Tapi favourite lipbalm I, Nivea Strawberry. Fuhh terbaik dari ladang. Yang ini memang highly recommended!! Baru je recommend my friend tadi huahuahua. This lipbalm memang the best. Murah je. Gives you tinted color yang tak melampau. Yang strawberry lah, yang Cherry punya agak pekat color die. But memang melembapkan, heal bibir juga. Bagus kan? Esok keluar pergi beli ye (:D)

*iloveyousayang*

3. Pakai lipbalm sebelum tidur. Yang ini ramai lupa nak buat. Time tidur bukan time merawat kulit muka saja, tetapi bibir juga. Jadi ambil peluang keemasan ini!!

4. Exfoliation. Ohh penting!!! Moisturize bibir je tak cukup kalau dead bibir's cell masih ada pada bibir. Haa ni yang tengok kusam je bibir. Apa? Beli exfoliator bibir? Tak payah. Cara free, senang simple: Kan ada tongue cleaner yang belakang toothbrush tu kan? Gosok lembut-lembut kat bibir tu. Haa senang. Buat after gosok gigi. Lama-lama jadi habit sure takkan lupa. Tak ada tongue cleaner belakang toothbrush? Tak apa lah!! Gosok lembut (extra gentle) dengan the toothbrush itself.

Nak amalkan, sila sila jemput jemput. Cuba lah. Tak rugi. Ada ke mask untuk bibir? Idea produk baru ni.....kalau tak ada lagi lah. Kalau ada, share kat sini!!


Ohhh bibir idaman~~
Sama-sama berusaha!






Wajah baharu (^ - ^)

Saturday, November 20, 2010

Ye!! I baru saja buat facial untuk blog setelah lama tidak update beliau. Kejam sungguh membiarkan ia begitu saja sekian lama. Jadi setelah mendapat facial, adalah wajah baharu untuk beliau. Tadaaaaa!!!!~~~~ Oh saya ingin meminta maaf atas kelambatan ini. Oh nak juga cerita. I minta tolong my friend untuk membeli barang-barang kosmetik. Dan dia pun membelinya. Tetapi kan..pada suatu hari, semasa membeli belah bersama mama, saya telah membelinya sendiri sebab memang urgent nak pakai untuk dilaram ke majlis perkahwinan best friend. Hahaha memang tak senonoh. Jadi kasihan kawan saya, dia dah beli. So sekarang ada beberapa benda mekap yang sama.

So I ingat nak jual la. Mari mari tengok~~~~Oh!!!harus diingatkan. Kali ini jualan adalah first come first serve. Sebab ada satu saja~~~~Jadi siapa yang dulu berminat dan ingin membeli, jadi dia lah yang dapat ye!!!

Pertama:


Maybelline Eye Studio Eye Shadow-Gray Pink
Very good texture, color last sangat lama, combination gray+pink adalah sexy okay. Saya suka~~~Memang tak menyesal beli lah!!
Harga pasaran(tanpa diskaun): RM33.90
I'm letting it go at: RM 20.00!
YES!!! BETUL!!!(baru sangat-sangat. Still ada cover plastik)

Kedua:


Maybellina Water Shine lipstick- P24
Oh kalau Maybelline, I memang suka lipstick and eyeshadow. Memang best! Murah pun murah, tapi kualiti memang best. Oh image dipinjam dari orang. Jangan risau, lipstick yang I nak jual ni still very new, still ada cover plastik. I tak tipu. Percaya pada karma. Buat buruk pada orang nanti lagi buruk terjadi kepada diri sendiri. Erkkkk... okay back to business.
Harga pasaran(tanpa diskaun): RM24.90
I'm letting it go at: RM13.00!
YES!!!say yes and u'll be smiling~~~~

Ketiga:
Maybelline Angelfit Brighten Up Blusher-Peachy Sweetie
Oh I love this!! Never streak, always luminous.
Still very new, got plastic cover. Tak expired. Dont worry.
Harga pasaran(tanpa diskaun): RM29.90
I'm letting it go at: RM 17.00!
Woot woot!!

Ingat: first come first serve ye. All items are very new, still newly manufactured (tak expired), and still in plastic cover. As usual, email me if you are interested ye~~

Much love :D~














Bersihkan sawang labah-labah kat blog

Thursday, September 2, 2010

Fuhhh lama sungguh tak berupdate ini blog. Memang lah amat bz. Balik rumah sudah sangat penat tahu. This entry will be Super-Short. Tak ini bukan superhero. I ingat mahu jual pre-loved tems like shawls and baju-baja. Can or not? Can la ek ek. OKAY!!!!

p/s:ini memang bukan promosi halilaya punya. Tarak sempat maa mau buat itu promosi-promosi.

Cikgu Hijab lagi seorang.

Sunday, August 8, 2010

Lama sungguh rasanya tak update blog. Been very busy as I just started working. Wah wah memang environement kerja memerlukan I untuk belajar lebih banyak cara-cara pakai shawls dengan lebih berkesan, stylish and cantik. They got to be stylish and sexy with their short skirts and hair and makeup, tapi I pun boleh jadi sexy and sassy with my shawls!! Ala tapi tak ramai male creature kat office pun. haahahaha gatal. But still need to be at the same level as they are. Jadi I pun korek lah semua hijab tutorial yang ada. Tapi I dah jumpa cikgu baru!! Best best dia. Tapi I tak lupa cikgu-cikgu lama, tak tak. Walaupun hijab tutorial dia masih tak begitu banyak, tapi yang dia dah featured pun belum tentu I reti nak buat.

Memperkenalkan, YazTheSpaz89!!! Everytime I tengok mereka pakai shawls alahai senang nya lah. Kenapa lah tangan tak seprofessional mereka? But fear not, practice makes perfect kan? so ini adalah satu dari video beliau. Cekidaut!




Hmmpphhsss hmpphhss bersemangat ni nak cuba!!!! Cis cantik sungguh perempuan ni. How lah diorang ni jadi sangat pro in makeup? Kenapa bila I makeup jadi macam badut??? Bukanlah exactly badut tak ada lah buruk sangat ye tapi tak lah lawa begini. Apakah ini semua mainan ilusi semata-mata?

Dah dah, mari kita mula belajar mari mari. Nanti bebel lagi banyak, you like or not? don't like right? toodles pretties~~

Pusing-pusing selendang yang bagi pusing

Thursday, July 22, 2010

Setiap kali nak keluar rumah mesti juga mahu fikir, hari ni nak buat style tudung macam mana pulak? Nak buat macam biasa kah? Tapi macam sudah bosan, macam mana lagi nak buat? perlu pusing bagaimana lagi? Soalan-soalan yang selalu berkumandang di mulut dan di kepala dan di hati bila I nak siap-siap nak keluar rumah. Bukankah bagus kalau ada orang nak ajar cara pakai tudung di rumah? Bayangkan ada setengah jam lagi sebelum masa yang dijadualkan untuk keluar rumah tiba, sanggup pergi mencapai laptop dan membuka semua video-video yang ada dalam internet and yang I simpan untuk my personal inspiration. Huh memanglah sangat bijak. Memang takkan sempatlah. Time tu lah nak cari tudung, time tu lah nak tunggu video loading , kalau yang memang dah save dalam laptop tu buka saja. Semata-mata kerana diri kurang kreatif. Maka terpaksa bergantung harapan pada mereka yang kreatif.

I ada few favourite people yang I memang percaya dan suka tengok, sanggup tunggu malam-malam, kerana hanya malam-malam broadband ini behave itself dan kurang menyeksa I, untuk download video mereka. Tapi I akan kenalkan mereka satu-satu ya. Jangan tamak, orang tamak selalu rugi. Percayalah, apa saja mereka letakkan di muka atau atas kepala, I akan cuba sedaya upaya tiru. Tak lah semua kalau dibuatnya satu hari mereka letak pampers bayi atas kepala wth I nak ikut, tapi I percaya itu semua tak akan pernah akan berlaku. SEDAYA UPAYA ye. Memang peniru cis buat malu. Di saat-saat sedang meniru boleh sampai berpeluh-peluh lalu merosakkan apa saja yang telah tertempek di muka waktu peniruan. Jadi selalunya proses eksperimen akan dilakukan di dalam keadaan suhu bilik ada aircond, bukannya suhu bilik normal. Bayangkan segala kerja keras, bakal melenyapkan make-up yang minimal yang terpalit di muka, minimal sebab tak pandai make-up (-_-")

Di antara perempuan yang I percaya itu ialah, MakeupAdikt. Nama sebenar, I xtau. Apa la nama cekgu sendiri pun tak tau. Tapi cekgu, saya appreciate kamu~ Percaya lah dia sangat bagus dan tak lupa juga, incredibly beautiful. Suka sangat dia buat tudung. Atau memang dia sudah terlalu cantik, macam I cakap dalam last post, sudah cantik pakai apa saja menawan. Ya mungkin sebab tu. Tak syak lagi. Namanya di Youtube juga mengusulkan bahawa dia seorang yang handal bermekap-mekapan. Video beliau pun sebenarnya banyak about make-up, cara-cara pakai shawls hanyalah kesan sampingan hasil dari request2 orang ramai yang tak tahan tengok dia pakai shawls dengan jelitanya.

Baiklah ini adalah satu dari video beliau yang banyak. Rawr rawr! Jamu mata.



Kan I dah cakap dia cantik? Okay nanti dia ajar okay macam mana nak main-main with shawls.
Pusing pusing pin pin.
Okay nanti kenalkan orang lain pula.
Bye bye





UNDERSCARVES

Monday, July 19, 2010

Salam and hello!! We keep our promise and we are here with brand new products, hair-bangs-underscarves! Oh they look like a turban. These underscarves will look like hair bangs+turban when you got them on, and colorful too. It will look like hair bangs when you wear it slightly off the center of your head, and will look like a turban when you put them on right at the center of your head. So you got to play around with these underscarves and still achieve fantastic look. Of course, as a Muslim women we are not allowed to wear hijab and showing our hair at the same time so don't get the wrong idea that we are encouraging you to. Tteeeeeett. Anyway, this is a picture of how the undercarves look like.


*do click image to enlarge*


Black underscarf


Pink underscarf

Maroon underscarf

Green underscarf

Turquoise underscarf


Yes, they are beautiful and will definitely enhance the way you look, and you can improvise with total style when you wear hijab. Great way to look incredibly chic! They are priced at onlyRM32. They re available in Pink, Maroon, Black, Green and Turquoise. Totally affordable, that we can guarantee. Style with affordable price, words that describe the underscarves perfectly.




This is the peak preview of how you will look with the underscarves. No, not the face-cover, but focus on her bangs (:D). But please, do not wear your hijab like this. Well it's a choice of yours but we do not encourage any wrong style in wearing hijab alright. We're just providing the halalalternative new way to wear your hijab.


And this is the example of turban look. Oh so chic!


Now just for reminding ourselves,


*wink* Bye bye for now, but we shall come back. Don't forget to get yourselves one of our gorgeous stuffs!! Or maybe two, three.....okay bye!




Powered by Blogger.