Showing posts with label Beauty Tips. Show all posts
Showing posts with label Beauty Tips. Show all posts

Pengalaman peribadi cuba tips sendiri: Minyak zaitun

Wednesday, January 19, 2011

Apa gunanya tips yang I bagi kalau tak cuba kan? Jadi semalam I cuba dua tips guna minyak zaitun yang I post semalam.

Semalam after I gathered more info on olive oil, and many tips on beauty using olive oil, banyak yang I tak tahu lagi. Selama ni just guna untuk make-up remover and pelembap kulit badan je. Tapi malam semalam before tidur I memang excited sangat nak cuba yang scrub muka tu, guna olive oil and garam. Jadi malam semalam pergi dapur curi garam. I tak tahu banyak mana nak curi, so I cedok dalam 1 sudu. Then pergi bilik urut muka dengan minyak zaitun, dah puas hati dah sedap rasa mengurut muka sendiri, pergi scrub dengan garam. Mula-mula takut juga, rasa macam diri sendiri makanan pulak kena lumur dengan garam. Oh garam yang I ambil satu sudu tu banyak sangat rupanya, banyak lebih. Sayang nak buang, I simpan untuk bekalan scrub akan datang. How economical this thing is!! Now, let's see if the tips is any good.

WOW. I suka sangat-sangat. Kulit terus jadi lembut, langsung tak merah atau sakit, sebab kadang-kadang kita pakai scrub dekat muka rasa macam menggores muka dengan kertas pasir. Garam guna pun sikit sangat, alahai dalam 5 cubit je. I cubit garam, then letak dekat 5 point muka. Pipi, hidung, dagu and dahi. Urut beberapa minit. Masa urut muka dengan garam, I takut nak bukak mulut. Takut garam masuk mulut, masin! Then basuh muka, and lap muka. Fuhhh muka jadi bersih and lembap! Tidur dengan hati gembira tips sangat bagus (:D)

Then pagi ni, tak sabar nak cuba kat rambut pula! So, before mandi I lumur kulit kepala and rambut dengan olive oil, then tunggu 30minit (sepatutnya) tapi I macam dah terlajak je. tengok TV segala. Hahahaha. Lepas tu I syampu la macam biasa. Lalaalala, and condition sekali. Then tunggu kering......lepas tu rambut kering lembut sangat okay!!! Ohhhh suka suka!! Rambut jadi terurus sangat, tak ada rambut kecil-kecil yang suka semak menyemakkan keadaan, and I swear my hair now is shinier! Fuhh Fuhh ini sangat mengujakan. Tahu tak perasaan nya bila rambut kita jatuh cantik je, guna jari je serius, tak kusut, tak kering? Perasaan sangat seronok, apa lagi bila dapat semua tu dengan kos yang amat amat amat ciput alahai! Tak perlu syampu mahal-mahal, treatment bagai, yang pakai chemical segala untuk mendapatkan rambut cantik. Nahhh senang saja okay.

Nanti nak buat scrub badan pula, olive oil+sugar. Tunggu my review on that!

Minyak zaitun yang berguna dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki

Tuesday, January 18, 2011

Sejak bila entah terlibat dengan penggunaan minyak-minyak ni, I tak ingat. Tapi yang penting, I prefer oils more than lotions. Dahlah jimat, lambat habis (suka!!economical sangat!), moisturizing effect lebih baik, boleh guna untuk semua purposes pulak tu. Body lotion boleh letak kat muka? Tak boleh kan? Haa tapi minyak zaitun boleh digunapakai untuk semua anggota badan! Yippee!! Untuk rambut, untuk muka, kuku, kelemumur, hah tak cukup bagus lagi? 

Minyak zaitun kaya raya dengan vitamin A & E, vitamin cantik orang kata. Jangan takut bila dengar perkataan minyak. Ye ramai sangat perempuan takut bila dengar perkataan ni. Eeeee tak berminyak ke pakai minyak zaitun ni kat kulit? Eehhh kenapa nak tambahkan minyak yang sedia ada ni?? Minyak zaitun senang menyerap dalam kulit ye anak-anak, jadi jangan risau. Minyak zaitun banyak digunapakai dalam produk kecantikan. Ada sekali tu ada salesgirl nak jual make-up remover kat I, pong pang pong pang lah cerita pasal make-up remover tu. Lepas tu dia kata, produk ni bagus, ada minyak zaitun yang baik untuk kulit. I pun, haaa ya kah??  kalau macam tu, tak payah beli lah, saya sendiri sapu minyak zaitun. Okay bye.

Ingat cantik, ingat minyak zaitun. Tak tipu, serious. Minyak zaitun bukan untuk masak-masak makan-makan je. Tapi memang telah diketahui satu cakerawala pun minyak zaitun ni bagus untuk masakan and kesihatan. Sekarang nak cakap pasal penggunaan minyak zaitun dalam kecantikan. Satu botol minyak zaitun yang suci murni boleh tahan 3 bulan!!! Talking about saving money. Satu botol minyak zaitun suci murni maybe dalam RM20-30. Memang ada yang lagi murah macam RM5-6, tapi yang harga macam ni selalu kuning sangat and cair. Yang tu bukan suci murni punya minyak. Minyak zaitun yang suci original macam warna hijau-hijau kuning sikit, dan sangat pekat. Ada banyak tips penggunaan minyak zaitun ni. Mari nak cerita.

UNTUK KULIT

Kalau anda-anda mahukan kulit yang indah lembut, sebelum tidur, sapukan minyak zaitun dekat seluruh badan termasuklah kuku kuku jangan lupa! Esok pagi bangun, waaahhhh, kulit terasa lembut kalah bayi! Anak kat sebelah jealous kenapa kulit mak aku cantik dari aku weh??

Lepas mandi, badan yang basah-basah tu terus disapukan minyak zaitun. Kulit nanti cakap "Thank You my tuan~ you memang sayang I~"

Mahukan kulit muka yang licin cantik bagaikan mutiara? Cewahh. Boleh jadi marketer tahu. Kalau nak kulit yang cantik mulus lembut fuh fuh, sapukan dan urutkan minyak zaitun kat muka, then ambil sedikit garam and urut perlahan-lahan garam tu kat muka. Ala macam scrub. Lepas tu basuh dengan air suam. Kesannya: smooth and clear complexion! Okay lepas ni nak cuba! 

Bukan hanya scrub untuk muka saja, untuk badan pun boleh. Wah ini sudah menjimatkan kos-kos scrub badan. Untuk badan, gunakan kan cara yag sama untuk muka, just tukarkan garam tu kepada gula. Sebab musabab mengapa muka pakai garam dan badan pakai gula bukan sebab badan lagi manis tak, tapi sebab garam lebih lembut halus dari gula, sesuai lah untuk kulit muka kita yang sensitif dan nipis ni, berbanding kulit badan. Ada faham?

Kalau nak melembutkan kulit kasar kering gelap macam siku, buku lali, sapukan je minyak zaitun selalu. Nescaya akan selamat (:P)

Minyak zaitun juga berguna untuk menanggalkan make-up di muka. 

UNTUK RAMBUT

Ada dua jenis treatment, pilih mana satu. Satu, sebelum basuh rambut, urutkan minyak zaitun di kepala, biarkan dalam 30 minit, then lepas tu syampu macam biasa. Yang lagi satu, lepas syampu rambut, tak payah condition. Masa rambut basah ala-ala seksi ooohhh wow, urutkan rambut dengan minyak zaitun, lepas tu bungkus dengan tuala. Tunggu dalam 20 minit ( boleh buat tidur kejap) lepas tu bilas macam biasa. Tak payah guna conditioner dah. Baguslah, conditioner aku nak habis pun. Ada alternatif baru yang lebih sihat.

Untuk kelemumur pula, campurkan minyak zaitun dengan almond oil. Then sapu kan dekat kulit kepala yang ada kelemumur. Kalau rasa sakit pedih, basuh okay!!

UNTUK BIBIR

Kalau kering tak bermaya je bibir tu, boleh juga letak minyak zaitun kat bibir. Lembut nanti wow!

Sebotol minyak zaitun yang berguna untuk satu badan. Cubalah penjimatan berkesan dan cantik hari ini.

Kulit berminyak. Ku tak sanggup lagi...

Friday, January 14, 2011

Dulu pergi sekolah jalan kaki tahu. Agak jauh juga, tapi entah macam mana gagah je menapak pergi sekolah. Lupa apa sebab yang sangat bersemangat pergi sekolah. Hahaha. Tipu je. Selalu menangis nak pergi sekolah. Malas okay bangun pagi-pagi mandi sejjjuuukkk brrrr~~ Tapi memang tabah lah bila kena jalan kaki balik dari sekolah. Fuhh tengahari panas ye. Tapi dulu macam tak lah sepanas sekarang ni. Sekarang drive dalam panas pun tak sanggup. Apa lagi nak jalan kaki? Memang tak lah. Ini mesti Green House effect yang buat sangat panas sekarang.

Apa bincang pasal cuaca ni??? Off tajuk sungguh. Sebenarnya nak cerita pengalaman mempunyai kulit berminyak jagung. Dulu balik sekolah memang kena ada tisu ye anak-anak. Kalau tak ada, memang lah boleh perah muka haa boleh goreng cekodok balik rumah nanti. Sudahlah merah eee takut tengok, minyak pula sesuka hati menonjolkan diri. Sudahlah balik sekolah selalu kena kejar anjing, fobia sampai sekarang. Boleh bayangkan tak aktiviti perkumuhan peluh dan minyak yang berlaku pada masa itu? Memang enak. Sedih zaman sekolah memang paling tak best, tak suka tak suka tak suka. Mulalah time tu nak mencuba apa saja product yang kononnya bagus. Bila pakai, ambik kau!! sekali jerawat tumbuh melangkaui jangkaan (makna nya agak eruk lah) dan berterusan hingga umur 22 tahun!!!!!! Aku benci!!!

Bila dah besar sikit, baru daku mengerti, sikit. Sikit je. Itu pun masih ada jerawat sana sini di mana jua. Huh. Nak kena tunggu beranak baru hilang agaknya. Okay lama nya nak tunggu. Kenapa nak kena tunggu beranak baru hilang jerawat? Apa logiknya di sebalik itu? Adakah bila lepas beranak segala darah kotor penyebab jerawat keluar dan yang tinggal hanyalah darah suci murni? Entah apa-apa. OHH TOPIK KULIT BERMINYAK YE BUKAN JERAWAT. Terima kasih kerana mengingatkan.

Duduk di Malaysia ni banyak cabarannya. Cuaca khatulistiwa ni bukan saja buat kita berpeluh selalu dan menjadi busuk, tetapi juga merangsang kelenjar minyak kita dan akhirnya kepada mereka-mereka dan saya yang memang ada kulit berminyak sejak azali ni, makin bertambah-tambah tahap kulit berminyak kami. Kepada mereka yang bertuah mempunyai kulit normal yang kurang mengeluarkan minyak, keadaan cuaca panas menyebabkan minyak yang sedia ada duduk lebih lama di atas kulit dan bercampur dengan peluh. Keputusannya? Greasier face. Bagaimana nak menghentikan perkara ini?

1. Tukar kepada skin care products yang lebih "ringan". Maknanya kalau pakai moisturizer yang macam rich je rasanya, cari lah yang lebih sesuai untuk kuli berminyak, yang lighter. Jangan ingat ada kulit berminyak tak perlu pakai moisturizer. Ohhh aku dah ada baaaanyaakk minyak untuk melembapkan kulit, jadi tak perlu pelembap lagi. SALAH!! Pelembap masih lagi penting dalam penjagaan kulit muka, walaupun muka dah penuh minyak. Pelembap penting dalam memperbaiki struktur kulit dan membekalkan perlindungan kepada kulit kita. Cari lah moisturizer yang berasaskan air. Haaa sunblock jangan lupa. Kalau tak nak pakai banyak layer atas muka, sunblock+pelembap, carilah pelembap yang ada perlindungan UVB&UVA. Macam ni:

L'Oreal White Perfect Moisturizing Day Cream. Ada UVB&UVA protection. Kalau tak selalu berjemur panas and ocassionally je terdedah kepada sinaran matahari, haaa yang ni paling bagus. Tak berminyak and light. Tak perlu pakai banyak layer of sunblock and pelembap. Guna ini saja. I guna ni, So far, berpuas hati!!

2. Selalu bawa tisu untuk lap-lapkan muka yang berminyak. Lepas tu, pakai balik bedak. Okay dah cantik!! But I'm not a tissue girl. Boleh kira berapa kali bawak tisu dalam handbag. Selalu mintak orang je. Jangan ikut macam ni!

3. Jangan lah suka berjemur panas. Lagi berminyak muka tahu. Minum banyak air putih, bukan air kopi. 

4. EXERCISE. Wah banyaknya benefit exercise ni! I like~ Exercise boleh meng'improve'kan (improve dalam bahasa melayu apa?) peredaran darah, yang boleh membekalan lebih banyak oksigen dan zat-zat penting kepada kulit.

5. Jangan basuh muka secara agresif, nanti minyak pun bertindak lebih agresif, mahu? Sebenarnya basuh muka terlalu banyak dan selalu tak bagus. Nanti kulit kering. Bila kulit kering, kulit akan produce lebih banyak minyak sebab kulit kita pandai, dia tengok, wahh keringnya!! okay minyak keluar sekarang kasi lembap balik!

6. Jangan makan banyak makanan berminyak, dan makan banyak sayur mayur yang fresh dari ladang. Ini boleh membekalkan kulit dengan lebih zat penting yang bagus untuk kulit yang lebih sihat.

7. Reduce stress. Jangan lah stress sangat, nanti kelenjar minyak teransang sama. Kelenjar minyak ni memang suka terangsang tau. Biasa dia!! Control sikit weh!

Sedikit sebanyak informasi dan tips untuk kulit berminyak. Sepanjang hidup meng'edukasi'kan diri tentang masalah ni...tetap ada, sikit. Hey okaylah tu, dari dulu! Bersyukur boleh?

Peeps, release your pores from evil pimply dirt oil and dead cells!

Sunday, December 26, 2010

Tengok sikit pori pori. 

Masa kerja, selalu dapat tips and training berkesan dari beautician asli. Mereka memang lawa gila ohhh even dah berumur matang and anak 2-3 orang. I salute you guys. Badan macam anak dara, kulit licin putih pergh dengki okay. Jadi teruja lah sebab mereka bagi training kat kitorg especially me yang serabai selepet ni. Masa training2 berlaku, memang ada cerita lah pasal pori pori ni of course. Laaa baru tahu rupanya kita punya dead skin melayang-layang terbang pergi ikut sesuka hati. It's just that we can't see them. Jadi tak salahkan pori pori kenapa memerangkap dead skin cells. "Dah ada lubang kat muka even kecik, masuk je rakan-rakan!"- dead skin cells.

Apa yang bahaya nya mereka ni? First and foremost, mereka buat kulit kita nampak kusam tak ada cahaya suci dan kelabu. Kedua, mereka membuatkan kulit kita kasar. Arrghh tak caya, try lah kumpul mereka selama sebulan. Memang kasar menggerutu dan kelabu. Third, buat ada segala 'head' kat muka, whitehead blackhead. Fourth, bila semua syarat dah cukup, kawan baik iaitu jerawat datanglah singgah while saying HI! Eeee tak suka tau. Jadi apa solusinya kepada semua ini?

Scrub lah of course. I memang suka scrub muka dari dulu kala (macam dah tua beno). Dah beribu scrub di cuba dari yang mahal hinggalah yang free kah kah kah. Tapi tak tahulah mengapa, asal mereka mahal je, mesti tak elok dan tak berkesan malah lebih men'teruk'kan keadaan. Jadi redha dengan kulit yang dia sangat economical. Bagus kulit save money ni.Jadi pergi Watsons je selalu check out scrub yang ada (-_-").

Tapi beribu scrub, yang satu ni memang mengujakan!! Ohhh sampai I tak sabar-sabar nak pakai dan terasa nak pakai selaluu~ Bila sampai schedule setiap minggu iaitu hari Selasa dan Jumaat, yes!!! hari scrub muka~ I selalu scrub muka 2 kali seminggu, bila malas sekali seminggu iaitu hari Jumaat sebab Sabtu nak bercintan cintun jadi nak tunjukkan raut wajah licin dan glowy. Jadi apa scrub yang hikmat tu?


L'Oreal Derma Genesis Pore Minimising Scrub

Seriusly the best scrub ever! Nangis tahu kalau dia dah habis dan tak ada pengganti di rumah, terus keluar rumah dan beli. Texture die macam apa ya? Warna putih, bau ada sikit wangi eh entahlah. But after just one use of this baby, you'll immediately feel the difference of your skin. Your skin will be smooth to touch and glowy. Sejak itulah hati terpaut iloveyou. Kebanyakan scrub yang dah cuba selalu nya meninggalkan rasa kering kat muka tapi yang ini tak langsung. Lembut je muka rasa syok!

Jadi kenapa scrub muka? Mestilah untuk melepaskan pori pori dari tersumbat oleh sel kulit mati dan segala jenis kotoran yang terperangkap. Scrub regularly and a good hydrating mask after it juga boleh mengurangkan scars dan melembutkannya. Jadi eventually scars pun hilang. Itu yang paling best.

Tak sabar nak jumpa lagi di appointment yang lain wahai sayangku scrub~ Till then, daaaa.

p/s: teruja bila tahu Almy Nadia pun suka scrub ni ohhh!! - ini dipetik dari iklan L'Oreal untuk White Perfect Day Cream. Tak tahu lah betul ke tak atau sekadar skrip. Harap-harap betul boleh buat geng.

Kejerawatan

Thursday, December 23, 2010

Tak bukan kejururawatan. Baca elok-elok anak anak. Kejerawatan. Isk. Nama nya saja sudah tidak best. Kalau lah nama jerawat tukar ke morning glory kah, rainbow kah, apakah dia akan menjadi cantik dipandang? Paling tidak suka bangun pagi-pagi tengok cermin sekali, aaaaahhhhh!!! apakah yang terjadi malam semalam sampai kau keluar hah?? Huh perosak hari sungguh. Dari zaman sekolah sehingga kini, selalu ditemani kawan-kawan mini warna merah kemudian jadi warna kuning. Benci. Tapi rasanya dahulu lagi teruk kot. Ni dah besaq sikit naa...kurang kot. Kalau tak memang disaster. Huh benci zaman sekolah. macam sangat tak produktif dan naif fuhh teruk. 

Jadi apa perlu lakukan bila jerawat-jerawat mengeluarkan diri mereka? Tak cukup dengan mereka seorang, maka mula mangajak kawan-kawan seangkatan turut menyertai pertunjukan di muka. 

Nah bagi tengok dulu. Hahahaha. Aaahhh tak nak!

Scientific punya image.  

Mula-mula mari kita lihat definisi jerawat antarabangsa. Mereka (pimples) adalah sesuatu yang berlaku di saat ruang pori-pori kita tersumbat. Mereka seolah-olah inflammations on skin yang berlaku bila penyumbatan pori-pori berlaku. Mengikut kata Acne Care Tips, jerawat adalah satu punca depression. Ohh patutlah zaman sekolah sangat tak best. Terima kasih jerawat-jerawat sekalian! 

Haaa yang lain-lain tu baca sendiri ye. Aduh penat jadi translator. Jadi copy and paster pun bukan senang. Tetapi bedasarkan pengalaman hidup yang dah meningkat tua ni, jerawat TAK BOLEH hilang sekelip mata lepas kita basuh muka sebersih-bersihnya. Hah ingatkan boleh la, dulu-dulu ada buat. Tapi apa yang berlaku sebaliknya, memang di luar jangkaan. Kulit lagi kering lagi merah jerawat lagi teruk eeee yuckk!! Memang lah nak prevent jerawa kena wajib harus basuh muka dengan bersih dan betul, tapi bersihkan muka secara aggresif sangat tak digalakkan.

Nak share kat sini tips menghalang jerawat, mintak-mintak berkesan. Untuk lebih details on the tips, nanti pergi sini ye.

1. Kurangkan pengambilan coffee. (saya tak minum coffee pun ada jugak apa kes?)
2. Amalkan pemakanan yang baik. (sayur banyak air banyak makanan bergoreng say no no)
3. Cuci muka tu. At least dua kali sehari.
4. Haa dah kata merokok tak elok. Degil. Jangan merokok/kurangkan.
5. Kalau nak guna acne care range product, start slow slow or gradually. Jangan main pakai semuanya sekali. Takut reaction amat menakutkan. Pakai cleanser dulu, then kalau okay, boleh try adapt one by one.
6. Shampoo rambut selalu. Kotor rambut tu buat banyak habuk terperangkap, terkena muka haa memang best.
7. EXERCISE. Saja caps lock untuk motivasi diri.
8. Lepas membuat apa-apa sukan/exercise, mandi ye. Kotor banyak kuman.
9. Rule besar: REMOVE MAKEUP BEFORE YOU GO TO BED. Ramai ingat rule ni apply bile kita pakai makeup tebal-tebal je. Absolutely no. Even awak pakai foundation saja, still kena pakai appropriate makeup remover.
*Hah minyak senyonyong apakah ini? Makeup remover sejati yang melembutkan kulit serta menyuburkannya, Olive oil. Tahan lama, murah, sihat, hah apa lagi benefitnya? Loves

10. Minum minum minum banyak air kosong. Bukan air sirap air pepsi cola.

Tapi, dah besar-besar ni, ada satu product jerawat paling tersayang yang tak mampu rasanya hidup tanpa beliau, kecuali lah kalau jerawat membuat keputusan pada satu hari tak mau datang dah ke muka I ni.

Hai sayangku. How are you today? Oh baru pakai tadi kah kah kah.

Rasa-rasa yakin dengan percakapan ku ini, pergilah dapatkanya di farmasi-farmasi berdekatan.
okay nak makan lapar
ciao bella~










Kulit Badan

Tuesday, December 21, 2010

Heh kadang-kadang terasa diri bukan perempuan sejati. Kenapa? Sebab malas gile kot nak pakai lotion badan. Haiyooo apa nak jadi? Kadang-kadang terbit lah rasa keinsafan yang menyelubungi diri dan berkata kepada diri, kalau tak aku yang jaga kau, sape lagi nak jaga? Haa tu lah saatnya lotion badan dicapai. Tapi even malas pakai lotion badan, rasanya macam banyak dah lotion dicuba cuba ni. Trial and error teeettt.

Time kat office, wahhh memang lah kulit kering krup krap krup krap. Tapi kat office syok, ada lotion free merata-rata. Hua hua hua. Seronok aku seronok! Tahu tak bila kulit dah terlalu kering, dia haus dan akhirnya terdehidrasi (kasihan tuan badan tak bagi minum, puasa lama), kuli akan jadi gatal-gatal. Haa di sini lah masalah besar akan timbul. Kita dok sedap menggaru-garu waaahhh enaknya, dan akhirnya kulit tadi, tanpa disedari dah berdarah!!!! Alamak apa dah terjadi. Kadang-kadang jadi scaly part yang menakutkan, dan akhirnya menjadi kesan yang mendalam di hati dan badan, yang buat diri terasa tak layak untuk wang hantaran kahwin yang tinggi-tinggi.

Jadi solusi nya hanya satu. Sila lah jangan malas meletak lotion di badan ye diri sendiri!! Ohh tadi kan ada beritahu betapa banyaknya lotion telah dicuba-cuba, naahhh akhirnya berjumpa dengan lotion terbaaaiiikkkkk!! Murah, bagus!! Senang dapat, double bagus!! Berkesan, super bagus!! syabas beta, syabas. I'm totally in love with this one lotion. Mula-mula dia dilancarkan, macam tak percaya. Ala it's just another lotion bla bla bla. Tapi one fine day...dah bosan dengan lotion yang sedia ada, ternampak beliau dengan diskaun. Wahh murah!! Mari cuba!! Malam tu juga mencubanya. Bau wangi beliau tak overpowering, just enak-enak sweet lembut gitu.

Kenal wanita ini???


Haa identiti lotion kesayangan semakin diketahui. Okaylah.....nah

Hi love~ Lotion ni memang bagus tak tipu. Bila pakai lotion ni, macam dah tak perlu re-apply je. Ke aku sorang yang pemalas? Hahaha. Haa tapi okay apa, lotion ni sesuai untuk orang pemalas seperti gwe. Nggak perlu kok di sapu-sapu lagi sepanjang hari, oh kecuali nak tidur and lepas mandi petang. Lepas mandi kan kulit agak berasa kering, kecuali lah anda mandi dengan sabun Dove yang melembapkan kah apa. Tapi memang lepas mandi (kalau rajin) pakai lotion. Nak idur syok la pakai lotion, tidur je terbau diri yang wangi. Hahahaha.

Seperti yang umum mengetahui, lotion ni ada banyak range.


Nah!! Banyak. Sila pilih yang bersesuaian dengan jiwa naluri anda. Tapi I guna yang nak memutihkan, saja nak putih hahaha. Bukan je memutihkan, tapi juga nak protect kulit badan dari sinar lembayung. Bahaya tahu. Nanti gelap+pigmentasi+kedutkedut=tak mahu itu semua!!
Okay review dah habis. Jumpa lagi di episod akan datang! Ciao bella~






Beauty Tips-Lips

Sunday, December 19, 2010

Ohhhhhhh I memang sangat tak ada masa nak post barang baru tapi tak sabar nak bagi tengok~~~semua cantik-cantik sampai ada yang kene rembat sebelum mereka sempat di postkan ke online. esokkk esokkkk okay~~~

Sementara tu. I'm ballooning up. So sad & depress & sad & guilty & feeling big ugly fat etc etc. Sudah berapa banyak lemon yang aku minum tak kurus-kurus pun. Apa ni???? Tipu orang ye? Ke memang tak berkesan untuk diri ini? Ohhh sedih. Okay channel tuning. Don't wanna talk about it. Lets talk about beautiful pretty things.

I got friends who don't need lipbalm/lip smoothie/everything yang moisturisekan lips. Sebab apa? Sebab bibir mereka tak kering pun. Cantik je. Sedangkan diri? waahhh kalau tak pakai memang kering tak sanggup, kasihan bibir. And ada la some of my friends yang seangkatan yang harus wajib pakai lipbalm. Kenapa kena pakai lipbalm? Wahhh seronok nya letak lotion/moisturizer untuk badan dan muka. Oooppsss tapi bibir dibiarkan. Alamak. Bibir tengok je muka dan badan dilembapkan, tetapi kenapa dia tak dilembapkan? Kasihan kan? Jadi, bila dah lembapkan muka badan, jangan lupa bibir. Bibir juga nipis, macam bahagian mata. Jadi kalau tak jaga atau kurang jaga, dia cepat kedut tau. Haa bibir kedut-kedut kering tak cantik la pakai lipstick kan?

Rules menjaga bibir:

1. Jangan jilat bibir dengan air liur! Haa nak kering lagi cubalah. memang berkesan dalam proses pengeringan bibir.

2. Pakai lipbalm yang betul-betul melembapkan. Few lipbalms, I dont wanna mention here, memang mengeringkan even more. So, trial and error. Tapi favourite lipbalm I, Nivea Strawberry. Fuhh terbaik dari ladang. Yang ini memang highly recommended!! Baru je recommend my friend tadi huahuahua. This lipbalm memang the best. Murah je. Gives you tinted color yang tak melampau. Yang strawberry lah, yang Cherry punya agak pekat color die. But memang melembapkan, heal bibir juga. Bagus kan? Esok keluar pergi beli ye (:D)

*iloveyousayang*

3. Pakai lipbalm sebelum tidur. Yang ini ramai lupa nak buat. Time tidur bukan time merawat kulit muka saja, tetapi bibir juga. Jadi ambil peluang keemasan ini!!

4. Exfoliation. Ohh penting!!! Moisturize bibir je tak cukup kalau dead bibir's cell masih ada pada bibir. Haa ni yang tengok kusam je bibir. Apa? Beli exfoliator bibir? Tak payah. Cara free, senang simple: Kan ada tongue cleaner yang belakang toothbrush tu kan? Gosok lembut-lembut kat bibir tu. Haa senang. Buat after gosok gigi. Lama-lama jadi habit sure takkan lupa. Tak ada tongue cleaner belakang toothbrush? Tak apa lah!! Gosok lembut (extra gentle) dengan the toothbrush itself.

Nak amalkan, sila sila jemput jemput. Cuba lah. Tak rugi. Ada ke mask untuk bibir? Idea produk baru ni.....kalau tak ada lagi lah. Kalau ada, share kat sini!!


Ohhh bibir idaman~~
Sama-sama berusaha!






Powered by Blogger.