Cardiovascular training aka cardio workout

Tuesday, January 25, 2011

Dulu masa sekolah ada lah beberapa kali dengar perkataan kardiovaskular. Dia macam satu bahagian kat dada kan kan kan? So bila first time I dengar cardio workout masa kecik-kecik dulu, I terfikir, apakah? Apakah yang mahu di'exercise'kan di dada saya? Dah besar sikit baru tahu laaaaaa inikah maknanya? Jadi apa maknanya? Hahahaha tah apa-apa. Sila teruskan perjalanan. Kardiovaskular memang menunjukkan jantung pernafasan kita etc lah kat dada tu kan. Cardio training or cardio workout adalah exercise yang menaikkan kadar denyutan jantung kita. Nama lain untuk cardio: aerobic exercise. Exercise-exercise yang membuatkan kita semput seperti jogging, fast walking atau swimming tu lah sebahagian dari banyak cara cardio workout. Pilates atau yoga bukanlah cardio exercise ye, walaupun mereka adalah tidak mustahil untuk dijadikan sebagai cardio.

Banyak benefitnya cardio exercise ni. Antaranya, menolong kita menguatkan jantung dup dap dup dap, menguatkan paru-paru, menaikkan kadar metabolisme kita!! yeahhh itulah yang dicari-cari, menurunkan level stress, memberi tenaga lebih kat badan supaya ceria sihat selalu, dan memberi kita tidur malam yang aman damai enak. A good rule of thumb dalam menjalankan cardio exercise, semasa bersenam, kita mesti boleh bercakap, maknanya tak adalah semput sangat sampai terjelir lidah. Kalau kita rasa semput sagat-sangat sampai tergagap-gagap, maknanya cardio exercise yang dilakukan dah melebihi had ketahanan badan atau I panggil, "had boleh". Jadi kalau dah jadi macam tu, silalah berehat sekejap atau level down sikit exercise tu, Bawak-bawak bertendang

Jadi apa lagi cardio exercise yang boleh dilakukan dan apa pula kadar kalori yang boleh dibakar? Mari lihat!

1. Berlari. Run, Forest, run!!!! Berlari adalah satu cara cardio exercise yang paling murah dan boleh dilakukan di mana-mana. Berlari dekat tasik kan syok, boleh tengok lelaki-lelaki gagah perkasa juga. Wahahaha 1 in too many benefits okay! Dalam masa 30 minit, sebanyak 300 kalori boleh dibakar! Lari atas treadmill juga boleh~

2. Berbasikal. Ehh jangan ingat basikal buruk tak bagus okay, untuk kurus tu. Berbasikal boleh dilakukan di luar rumah, atau dalam dengan menggunakan basikal pegun dekat gym tu. Aktiviti ni boleh membakar 250-500 kalori, depending pada kelajuan dan kesusahan kita mengayuh. Berbasikal menggunakan seluruh power kaki, memang satu aktiviti bagus untuk membakar kalori yang banyak, dan juga dapat kaki cantik lepas ni.

3. Elliptical Trainer. What the he** is that??? 


Nah inilah dia elliptical cross trainer. Pernah nampak kan dekat gym? Alat ni bagus untuk mereka-mereka yang malas pulak nak jogging. Sambil melindungi sendi-sendi kita, ia juga boleh membantu menguatkan stamina dan boleh membakar 300 kalori dalam 30 minit. 

4. Berenang. Kasihan lah orang yang tak tahu berenang macam I. Sedih. Berenang melibatkan semua anggota badan, yang menjadikan beliau satu aktiviti cardio yang sangat power. Satu sesi kerenangan boleh membakar hingga 300 kalori!! Ia juga boleh membina otot. Fit badan okay. Cun kalah Jessica Alba. Pada yang tahu berenang, cis kau beruntung, boleh lah berenang selalu untuk badan yang fit. I pergi jalan atas treadmill je lah. Note: jalan atas treadmill, bukannya berlari, hampeh.

5. Berjalan. Hah jangan ingat berjalan tak ada faedahnya selain memenatkan. heh. Kalau kita letak oooommmpphhh sikit dalam perjalanan kita, nescaya ia juga merupakan satu aktiviti cardio yang boleh tahan power. 30 minit berjalan boleh membakar hingga 180-200 kalori, kalau laju sikit jalan campur dengan jogging  sikit-sikit. Ala buat macam berlari-lari anak, buat macam kejar kekasih yang sedang melarikan diri jugak. Ohh kekanda, tunggu adinda!!! Masa berjalan laju, hayunkan tangan sekali. Haa ini dapat membantu lagi proses pembakaran kalori. Cara best berjalan, SHOPPING!! atau hanya window shopping lah untuk I yang kurang berduit ni kan.

Sorry tak update selalu blog. Saya akan cuba lebih okay!!
Selamat exercise, bukan saja untuk kurus walaupun itu adalah hasrat utama, tapi juga untuk sihat!!






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.