Tak sedar diri tuan blog ni. Lupa ada blog (-_-")

Monday, January 10, 2011

Kasihan kau kan blog? Boleh tak aku lupa yang kau wujud? Salahkan berukband, dia yang buat aku tawaq hati nak main internet dan jenguk kau, blog. Ohh nak beritahu, tudung SCALLOP SCANDALOUS semua dah sold out. Gembira sekejap. Yang si LOVELY TIERS pulak tinggal 3 helai je.Okay habis announcement.

Ada yang baru. Tetapi malas gila nak snap pix, boleh? Memang pemalas ke apa kau ni? Tolong lah memalukan okay. Berusaha!!!

Okay in this post I wanna talk about 'badan'. Badan terjaga tak? Hai badan, nak tanya, awak rasa saya jaga awak tak? Mestilah dia cakap tak, makan balun semua benda nak telan nak kunyah. Maaf lah....sorry sorry. Tapi memang dah nature diri suka sangat makan. Tak kunyah rasa mengantuk. Hahaha benci alasan tu. Jadi tak nak mengantuk kunyah makanan yang memang merupakan aktiviti sabotaj diri. Tapi dah buat new year's resolution yang nak jaga badan dan jaga makan. Bila lagi nak badan tip top macam Pussycat Dolls punya orang.

Yang paling sopan untuk tontonan umum. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Hot okay badan kau. Aku nak... *drooling*

Tadi baru tengok MV Pussycat Dolls. Aaahhh geram dengki nak macam tu!! Tapi tak sedar diri suka sangat makan NASI. Terima kasih lah dan say bye-bye to your mimpi ye. Saya orang melayu, suka makan nasi. Jadi realize yang makan dah terover, cepat-cepat pakai exercise gears iaitu kasut sukan. Tapi bila malas rasa nak pergi Mayfair kat depan tu ha, dan buat body treatment saja. Tapi macam tak syok je. I was thinking lah kan, mungkin pada sesetengah orang memang berkesan la pergi buat body treatment segala, tapi kita patutnya bukan setakat nak kurus. Tapi juga nak menjadi sihat untuk masa hadapan. Yang dihilangkan ketika menjalani body treatment hanyalah lemak-lemak. Tapi jantung dan paru-paru tak bekerja pun. 

Tahu tak bila kita exercise, our racing heart rates tu yang meningkatkan kadar metabolisme. Kenapa nak laju kan heart rates? Bila kita exercise, the muscles that involve in respiration will be strengthen. Haa tu yang menyihatkan lagi jantung paru-paru kita. Okay lah, I list benefit exercise:
  1. Menguatkan otot-otot jantung
  2. Tones muscles around our body, tu yang badan jadi hot tu
  3. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  4. Menaikkan kadar jumlah sel darah merah
  5. Tidur lebih aman, dah tak ada insomnia~
  6. Mengurangkan tekanan, buat happy actually. Aktiviti exercise ni mengeluarkan sejenis hormon yang boleh buat kita happy. Apa nama lupa
  7. Menguakan kebolehan mentaliti, jadi bijak wooohh
  8. Mengurangkan risiko sakit jantung dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Mengurangkan risiko osteoporosis!! wallaweh!! Exercise boleh menguatkan tulang temulang
  10. Ada satu study yang reveal that exercise can makes us eat less by suppressing the appetite hormones!! Itu lah yang dicari-cari hooyeah!!!
At least we spend 20-30 minutes 3 days a week to exercise. Tu at least ye. Kalau mampu buat tiap-tiap hari lagi bagus. Bila lagi nak jaga diri kan? Tak perlu buang duit berjuta-juta untuk body treatment. Kalau ada masa pergi body treatment, mesti ada masa untuk exercise kan? Kalau ada masa tengok TV, mesti ada masa exercie kan? Free lagi tu (excluding gym lah) hehehe...Badan tip top dapat, kesihatan pun dapat. Haa bonus tu!! Jadi new year's resolution, NAK EXERCISE AT LEAST 20-30 MINUTES, 3 DAYS A WEEK!!
Next post nanti I bagi tips-tips and banyak cara yang boleh kita buat untuk exercise okay. Tunggu saja!!


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.