Sejak bila entah terlibat dengan penggunaan minyak-minyak ni, I tak ingat. Tapi yang penting, I prefer oils more than lotions. Dahlah jimat, lambat habis (suka!!economical sangat!), moisturizing effect lebih baik, boleh guna untuk semua purposes pulak tu. Body lotion boleh letak kat muka? Tak boleh kan? Haa tapi minyak zaitun boleh digunapakai untuk semua anggota badan! Yippee!! Untuk rambut, untuk muka, kuku, kelemumur, hah tak cukup bagus lagi?
Minyak zaitun kaya raya dengan vitamin A & E, vitamin cantik orang kata. Jangan takut bila dengar perkataan minyak. Ye ramai sangat perempuan takut bila dengar perkataan ni. Eeeee tak berminyak ke pakai minyak zaitun ni kat kulit? Eehhh kenapa nak tambahkan minyak yang sedia ada ni?? Minyak zaitun senang menyerap dalam kulit ye anak-anak, jadi jangan risau. Minyak zaitun banyak digunapakai dalam produk kecantikan. Ada sekali tu ada salesgirl nak jual make-up remover kat I, pong pang pong pang lah cerita pasal make-up remover tu. Lepas tu dia kata, produk ni bagus, ada minyak zaitun yang baik untuk kulit. I pun, haaa ya kah?? kalau macam tu, tak payah beli lah, saya sendiri sapu minyak zaitun. Okay bye.
Ingat cantik, ingat minyak zaitun. Tak tipu, serious. Minyak zaitun bukan untuk masak-masak makan-makan je. Tapi memang telah diketahui satu cakerawala pun minyak zaitun ni bagus untuk masakan and kesihatan. Sekarang nak cakap pasal penggunaan minyak zaitun dalam kecantikan. Satu botol minyak zaitun yang suci murni boleh tahan 3 bulan!!! Talking about saving money. Satu botol minyak zaitun suci murni maybe dalam RM20-30. Memang ada yang lagi murah macam RM5-6, tapi yang harga macam ni selalu kuning sangat and cair. Yang tu bukan suci murni punya minyak. Minyak zaitun yang suci original macam warna hijau-hijau kuning sikit, dan sangat pekat. Ada banyak tips penggunaan minyak zaitun ni. Mari nak cerita.
UNTUK KULIT
Kalau anda-anda mahukan kulit yang indah lembut, sebelum tidur, sapukan minyak zaitun dekat seluruh badan termasuklah kuku kuku jangan lupa! Esok pagi bangun, waaahhhh, kulit terasa lembut kalah bayi! Anak kat sebelah jealous kenapa kulit mak aku cantik dari aku weh??
Lepas mandi, badan yang basah-basah tu terus disapukan minyak zaitun. Kulit nanti cakap "Thank You my tuan~ you memang sayang I~"
Mahukan kulit muka yang licin cantik bagaikan mutiara? Cewahh. Boleh jadi marketer tahu. Kalau nak kulit yang cantik mulus lembut fuh fuh, sapukan dan urutkan minyak zaitun kat muka, then ambil sedikit garam and urut perlahan-lahan garam tu kat muka. Ala macam scrub. Lepas tu basuh dengan air suam. Kesannya: smooth and clear complexion! Okay lepas ni nak cuba!
Bukan hanya scrub untuk muka saja, untuk badan pun boleh. Wah ini sudah menjimatkan kos-kos scrub badan. Untuk badan, gunakan kan cara yag sama untuk muka, just tukarkan garam tu kepada gula. Sebab musabab mengapa muka pakai garam dan badan pakai gula bukan sebab badan lagi manis tak, tapi sebab garam lebih lembut halus dari gula, sesuai lah untuk kulit muka kita yang sensitif dan nipis ni, berbanding kulit badan. Ada faham?
Kalau nak melembutkan kulit kasar kering gelap macam siku, buku lali, sapukan je minyak zaitun selalu. Nescaya akan selamat (:P)
Minyak zaitun juga berguna untuk menanggalkan make-up di muka.
UNTUK RAMBUT
Ada dua jenis treatment, pilih mana satu. Satu, sebelum basuh rambut, urutkan minyak zaitun di kepala, biarkan dalam 30 minit, then lepas tu syampu macam biasa. Yang lagi satu, lepas syampu rambut, tak payah condition. Masa rambut basah ala-ala seksi ooohhh wow, urutkan rambut dengan minyak zaitun, lepas tu bungkus dengan tuala. Tunggu dalam 20 minit ( boleh buat tidur kejap) lepas tu bilas macam biasa. Tak payah guna conditioner dah. Baguslah, conditioner aku nak habis pun. Ada alternatif baru yang lebih sihat.
Untuk kelemumur pula, campurkan minyak zaitun dengan almond oil. Then sapu kan dekat kulit kepala yang ada kelemumur. Kalau rasa sakit pedih, basuh okay!!
UNTUK BIBIR
Kalau kering tak bermaya je bibir tu, boleh juga letak minyak zaitun kat bibir. Lembut nanti wow!
Sebotol minyak zaitun yang berguna untuk satu badan. Cubalah penjimatan berkesan dan cantik hari ini.
6 comments:
tqvm
baru nak berjinak2 dengan minyak zaitun ni.. dah tua baru sedar diri. hehe
tak sangka boleh guna untuk conditioner.tak payah beli conditioner..jimattt
Salam nak tanya, kalau pakai minyak zaitun kat kepala memang kena bilas ye? Kalau kita pakai pagi lepas tu pakai tudung then balik kerja baru bilas, boleh tak?
ia minyak xaitun memng bagus.kawan aku umur dah 50 mcm usua 20 tahun.5 tahun dia guna minyak zaitun kat muka.pastu dia sapu sikit jer wdta.women desiree adlesyah beauty+minyak zaitun sejati safi.
jom aku kongsi oan pic kawan aku yg guna minyk zaitun+wdta 0126849156
Assalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
• Darah tinggi
• Kolestrol tinggi
• kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
• cysts
dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin
(017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah terbaik dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba hutan dan ladang yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah
Post a Comment